Blog ini dibina atas permintaan ibubapa yang anak-anak mereka menetap di Asrama SMKKKB (SM3KB). Diharapkan dengan meninjau blogspot ini, kerinduan terhadap anak-anak yang jauh dari mata terubat jua walaupun sekelumit dengan paparan-paparan aktiviti-aktiviti yang aspura/aspuri lalui. Selamat melayari.
Monday, January 25, 2010
Saturday, January 23, 2010
Program Jalinan Kasih

Program Jalinan Kasih atau Minggu Suaikenal untuk penghuni baru asrama telah dilangsungkan selama 1 minggu bermula 18 - 24 Januari 2010. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan selama tempoh tersebut. Tahniah kepada JK yang telah berjaya mengatur dan melaksanakan dengan teratur dan terkawal. Peserta telah memberi kerjasama dan terpancar sinar kegembiraan di wajah mereka.


Malam Persembahan diserikan dengan pelbagai corak persembahan yang bertemakan 1 Malaysia. Terserlah bakat dan keyakinan diri semua yang terlibat. Syabas !!!



Malam Persembahan diserikan dengan pelbagai corak persembahan yang bertemakan 1 Malaysia. Terserlah bakat dan keyakinan diri semua yang terlibat. Syabas !!!Sunday, January 3, 2010
Pendaftaran Pelajar Sesi 2010
Pendaftaran pelajar yang terpilih untuk tinggal di Asrama Sm3KB sesi 2010 telah berlangsung dengan lancar bermula jam 9.45 pagi hingga tengah hari tadi. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengetua, Penasihat Khas Pengurusan Asrama, YDP dan Naib YDP PIBG serta JK Pengurusan Asrama. Majlis sempat juga disiarkan secara langsung dari awal hingga akhir. Kemaafan dipinta jika sekiranya gambar tidak jelas kerana peralatan digunakan amat mininal. Adalah diharapkan pihak PIBG akan sudi membantu menambah keperluan asas seperti kamera dan lampu supaya siaran menjadi lebih berkesan. Apa pun siaran hari berjaya dan boleh dibuat lagi pada masa akan datang. Majlis pagi ini dipenuhi dengan siri ucapan, penyampaian hadiah kepada pelajar asrama cemerlang PMR 2009. pembayaran dan pengagihan kamar untuk pelajar yang telah berjaya mendapat tempat di asrama pada tahun ini. Menjelang tengah hari semua urusan telah selesai.
Tuesday, December 15, 2009
SIARAN LANGSUNG 3 JANUARI 2010
Kami sedang cuba mengatur satu siaran langsung dari Asrama SM3KB sempena hari pendaftaran pelajar baru dan lama balik ke asrama untuk tahun 2010. Kepada saudara mara yang tidak berkesempatan untuk bersama-sama kami di KKB boleh saksikan majlis tersebut melalui blog ini. Ini adalah peringkat percubaan sahaja. Gambar yang dipancarkan mungkin tidak jelas dan terdapat gangguan sekali sekala. Maklum balas dari penonton amat dialu-alukan. (Siaran hanya pada 3 Januari 2010) Boleh juga ditonton di www.tv4s.blogspot.com Panduan : Klik pada butang tanda play dalam skrin tv untuk mulakan. Klik pada kotak biru untuk skrin penuh. Selamat menonton.
Tuesday, December 8, 2009
Mesyuarat JK Akhir tahun 2009
Mesyuarat JK Asrama sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat SM3KB bagi membincangkan beberapa perkara persediaan tahun 2010. Agenda utama ialah membuat pernilaian permohonan masuk asrama tahun 2010.
Untuk rujukan ibubapa, berikut adalah senarai pembayaran yuran asrama tahun 2010
Bayaran semasa pendaftaran pada 3 Januari 2010 -
Pendaftaran = RM50.00
Hemah Diri = RM50.00
Kebajikan = RM10.00
Makan (Jan) = RM25.00
Makan (Feb) = RM20.00
Program Memperkasa BI = RM50.00
Baju T (L) =RM20.00
Baju T )P) = RM25.00
Batik (L) = RM45.00
Batik (P) = RM65.00
Sampin (L)/ Kain kurung (P) = RM45.00
Kain Cadar & Sarung Bantal & selimut = RM85.00
Jumlah keseluruhan pelajar baru Putera = RM 400.00 Puteri RM415.00
Yuran Asrama bulan Jan & Feb mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran( 3 Januari 2010)
Untuk rujukan ibubapa, berikut adalah senarai pembayaran yuran asrama tahun 2010
Bayaran semasa pendaftaran pada 3 Januari 2010 -
Pendaftaran = RM50.00
Hemah Diri = RM50.00
Kebajikan = RM10.00
Makan (Jan) = RM25.00
Makan (Feb) = RM20.00
Program Memperkasa BI = RM50.00
Baju T (L) =RM20.00
Baju T )P) = RM25.00
Batik (L) = RM45.00
Batik (P) = RM65.00
Sampin (L)/ Kain kurung (P) = RM45.00
Kain Cadar & Sarung Bantal & selimut = RM85.00
Jumlah keseluruhan pelajar baru Putera = RM 400.00 Puteri RM415.00
Yuran Asrama bulan Jan & Feb mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran( 3 Januari 2010)
Saturday, October 24, 2009
MAJLIS 3 SERANGKAI




Satu majlis yang merangkumi 3 acara serentak sedang berlangsung di Dewan Gemilang Asrama SM3KB hari ini Sabtu 24 Oktober 2009. Majlis Khatam Quran, Jamuan Hari Raya dan Majlis Perpisahan Pelajar Asrama Tahun 2009 diadakan serentak bermula jam 9.00 pagi dan dijangka berakhir jam 12.00 tgh. Acara pagi ini dimulakan dengan bacaan doa, ucapan oleh PK HEM En Abu Mansor bin Sathri dan ucapan perasmian oleh Pn Mazmin bt Mohd, Pengetua SM3KB. Sementara itu Majlis Khatam Quran dipimpin oleh Ustaz Abu Kassim bin Rashidi. 20 orang pelajar - 10 putera & 10 puteri - telah mengambil bahagian dalam acara Khatam Quran. 


Acara selingan telah diserikan oleh kumpulan nasyid puteri asrama yang mendapat sambutan hebat hadirin.
Diikuti dengan acara penyampaian cenderahati kepada yang terlibat dalam majlis khatam quran pagi ini. Kemuncak acara ialah jamuan pelbagai juadah yang amat menyelerakan. Tahniah kepada semua.



Acara selingan telah diserikan oleh kumpulan nasyid puteri asrama yang mendapat sambutan hebat hadirin. Thursday, September 10, 2009
MAJLIS BERBUKA DAN TARAWIH
Majlis berbuka puasa antara JK Asrama dengan putera dan puteri asrama telah diadakan pada petang ini mengambil sempena keberkatan malam 21 Ramadhan. Selepas majlis berbuka acara solat Maghrib dan seterusnya Tarawih turut dijalankan bersama. Majlis berakhir dengan santapan moreh yang sangat menyelerakan semua yang hadir pada malam ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)




