Blog ini dibina atas permintaan ibubapa yang anak-anak mereka menetap di Asrama SMKKKB (SM3KB). Diharapkan dengan meninjau blogspot ini, kerinduan terhadap anak-anak yang jauh dari mata terubat jua walaupun sekelumit dengan paparan-paparan aktiviti-aktiviti yang aspura/aspuri lalui. Selamat melayari.
10 Disember, Jumaat - Serombongan 14 personel dari Institut Aminuddin Baki sedang berada di Dewan Gemilang Asrama SM3KB untuk satu sesi lawatan rasmi. Lawatan bertujuan meninjau pengurusan asrama dan pengurusan kewangan asrama SM3KB.