Sunday, November 14, 2010

TAUTAN MESRA 1 ASRAMA


Nov 14 - Majlis sempena jamuan akhir tahun asrama sedang berlangsung di Dewan Gemilang bermula 9 pagi ini. Pengisian program termasuk Senaman pagi 9poco-poco) , sukaneka, karaoke, jamuan & penyampaian hadiah-hadiah. Juadah disediakan termasuk sate, kuih muih, nasi goreng, mihun sup gearbox, nasi impit kuah kacang dan ayam goreng. Majlis akhir untuk tahun 2010 ini turut dihadiri beberapa wakil Persatuan ALUMNI dan x-sm3kbian. Pihak pengurusan asrama amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir bagi menyerikan majlis pagi ini. Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana majlis bermula dan berakhir dengan jayanya.
Gambar peristiwa di link MEMORI INDAH. SILA KLIK UNTUK TONTON.

Wednesday, November 10, 2010

LAWATAN KE PENANG












Rombongan 2 bas pelajar asrama diiringi 6 orang guru telah berada di Pulau Pinang selama 2 hari. Perjalanan bermula jam 11.30 mlm Ahad 7 November 2010 dan sampai di Pulau Mutiara seawal 5.00 pagi.
8 Nov - Perhentian pertama di Masjid Negeri untuk menunaikan solat Subuh sebelum ke destinasi pertama - Museum Perang Batu Maung. Dalam perjalanan sarapan pagi di Pelita Nasi Kandar. Seterusnya ke lokasi kedua - Kek Lok Si Temple atau Pagoda di Air Itam untuk membeli belah barang-barang tiruan berjenama dengan harga yang murah sepanjang menaiki tangga ke kolam kura-kura yang terletak di separuh puncak bangunan. Dalam perjalanan ke tempat penginapan di TM Resort Tanjung Bungah, makan tengahari ialah di Subadah Nasi Kandar. Selepas checkin dan berehat seketika, rombongan berlabuh pula di Padang Kota Lama lewat petang sambil menikmati malam malam di gerai-gerai yang menyediakan pelbagai pilihan makanan. Dalam keadaan hujan, rombongan kembali ke resort untuk berehat sepanjang malam.
9 Nov - Selepas sarapan di restoran Khaleel di Padang Kota Baru, rombongan ke Rumah Seniman Agung P.Ramlee dari 10 pagi untuk 1.00 jam dan kemudian bergerak pula ke Taman Herba di Teluk Bahang. Selama hampir 2 jam, banyak ilmu perubatan tradisional dapat diperolehi jika diberi tumpuan kepada penerangan yang disampaikan En Baxter selama berada dalam kawasan seluas 3 hektar itu. Dari situ rombongan balik ke resort untuk persiapan checkout jam 2.00 petang. Dalam perjalanan, rombongan singgah di Chowrasta Market untuk merasa hidangan istimewa Penang - 'haichee' - berupa tahu & cucur goreng- dimakan bersama ais campur (air kelapa campur bahan yang menyejukkan badan) sambil membeli belah terutama jeruk pala sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Rombongan bergerak pulang jam 3 petang - singgah di RnR Tapah untuk Maghrib dan makam malam - dan sampai di KKB jam 9.30 mlm. Syukur kerana perjalanan pergi dan balik dalam keadaan selamat.