Thursday, December 6, 2012

MESYUARAT JK AKHIR 2012

Khamis,6.12.12 -
Mesyuarat JK Asrama akhir untuk tahun 2012 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Asrama bermula 8.30 pagi. Resolusi mesyuarat adalah -
1. mengemaskini portal asrama untuk tahun 2012 - JK khas telah dibentuk.
2. Keputusan mesyuarat blog asrama akan ditamatkan akhir tahun 2012.... bermula 2013 semua laporan aktiviti dan data akan dikemaskini di portal ini.
3. Perlantikan JK Asrama 2013 dan tugasan perlu disediakan sebagai perancangan menjalankan tugas antaranya JK Kerohanian & Akademik. JK Disipli, JK Kebajikan, JK Dokumentasi, JK Koku, JK PSS, JK Aktiviti HEM, JK Keceriaan, JK Jaringan Luar.
4. Membincangkan data pelajar asrama - kemasukan tahun 2013
4. Pendaftaran asrama - 1 Januari 2013 bermula 8.30 pagi di Dewan Gemilang Asrama SM3KB

Friday, November 2, 2012

Mesyuarat JK bil 4 2012

Jumaat, 2.11.12 - Mesyuarat JK kali terakhir untuk tahun ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Asrama untuk memutuskan beberapa perkara penting sebagai persediaan tahun 2013. Telah dipersetujui :
1. Takwim Asrama 2013 perlu disediakan oleh warden-warden.
2.  Daftar pelajar asrama pada 31.12.12 (Isnin) dikendalikan oleh guru JK Asrama bertempat di Dewan Gemilang Asrama.
3. Daftar pelajar Ting 1 pada 1.1.13 (Selasa) bertempat di Dewan Bestari.
4. Untuk membantu pengurusan asrama - dicadangkan perlantikan JK dibuat dengan lebih tersusun dan pengkhususan tugas.
5. Tarikh mesyuarat penentuan permohonan masuk asrama untuk 2013 akan ditentukan kemudian oleh Pengetua.
Semoga perjalanan pengurusan asrama berjalan lancar dan bertambah baik untuk tahun 2013.

Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI LEBARAN... TAQAB BALLALLOHHU MINNA WA MINKUM .. MINAL AIDIL WAL FAAIZIN - MAAF DZAHIR BATHIN

Thursday, August 9, 2012

IFTOR BERSAMA ALUMNI

Khamis, 9.8.12 - Putera puteri asrama berpeluang sekali lagi pada tahun ini untuk bersama dengan kesudian ALUMNI SM3KB berbuka puasa serta menerima beberapa sumbangan. Majlis bermula jam 6.00 petang diserikan dengan ucapan, penyampaian sumbangan sebelum iftor dan solat-solat selepasnya. Turut hadir dalam majlis kali ini ahli jawatankuasa pengurusan asrama dan JK Persatuan ALUMNI SMKKKB. 









 lagi gambar di LAMAN BERGAMBAR : iftor2012

Friday, May 11, 2012

MAJLIS MAKAN MALAM

Jumaat, 11 Mei 2012 - Majlis makan malam bersama ibubapa penghuni asrama akan berlansung pada malam ini bermula 8 mlm di Dewan Makan Asrama SM3KB. Sumbangan yang diterima adalah untuk tambahan dana untuk menambahbaik prasarana ICT, pusat sumber sekolah dan keceriaan di asrama. Gambar-gambar menyusul....

Friday, April 20, 2012

Mesyuarat JK Bil 2/2012

Jumaat, 20.04.2012 - Mesyuarat JK Pengurusan Asrama Bil 2/2012 sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat Asrama SM3KB untuk membincangkan perkara-perkara terkini yang berbangkit untuk tindakan segera demi kesejahteraan para penghuni asrama. Butiran menyusul...

Monday, January 2, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012


LAGI GAMBAR DI SINI

Isnin, 2.1.12 - Majlis pendaftaran pelajar asrama untuk tahun 2012 sedang berlangsung di Dewan Gemilang Asrama SM3KB.
Aturcara:
9.00 Ketibaan pelajar & ibubapa/penjaga
9.30 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Pengetua Wibawa
Penyampaian Sijil Penghargaan kepada pelajar asrama yang cemerlang dalam PMR 2011
10.00 - Minum pagi
10.15 - Pendaftaran Pelajar dan Bayaran Yuran Asrama.
12.45 - Bersurai

Pelajar cemerlang PMR 2011:
9A
FHAZIATUL AKHMAR BT TAJUDDIN
NURUL AIN ZAIDA BT ZAINUDDIN
NURUL AMANINA BT ABDUL HUSIN
SITI ZUBAIDAH BT ZULKIFLI
8A
NUR AINA FARINA BT MOHD ROSLI
NURUL AINI BT MOHAMAD KAMAL
NOR ALIF QAYYUM BIN TAJUL ARIF
NUR KHAIRINA BT NOOR KAMAL
ZULFA IZZATI BT ZULHAZMI
7A
NOOR SOLEHAH BT ABU SAMAH
NUR SYAFINAZ HAYATI BT KAMARUDDIN
IBRAHIM BIN NOR AFENDI
KHAIRUL MAHIRA BT ABU BAKAR
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHAMAD FAHMI
MUHAMMAD NUR TAUFIK BIN MAT SHOR
MUHAMMAD AFIQ BIN ROSLI
MUHAMMAD AMIRUL HAKIM BIN RAZAK
NURUL FATIKHAH BT RAMLI
MOHAMMAD FAKHROL ASHRAF BIN AZMI
6A
NUR AMIRATUL AINA BT ROSLAN
ABU ZULKARNAIN B ABU SAMAH
MUHAMMAD LUQMAN BIN AZLI
5A
NUR DIYANAH BT HASHIM