Saturday, October 24, 2009

MAJLIS 3 SERANGKAI

Satu majlis yang merangkumi 3 acara serentak sedang berlangsung di Dewan Gemilang Asrama SM3KB hari ini Sabtu 24 Oktober 2009. Majlis Khatam Quran, Jamuan Hari Raya dan Majlis Perpisahan Pelajar Asrama Tahun 2009 diadakan serentak bermula jam 9.00 pagi dan dijangka berakhir jam 12.00 tgh. Acara pagi ini dimulakan dengan bacaan doa, ucapan oleh PK HEM En Abu Mansor bin Sathri dan ucapan perasmian oleh Pn Mazmin bt Mohd, Pengetua SM3KB. Sementara itu Majlis Khatam Quran dipimpin oleh Ustaz Abu Kassim bin Rashidi. 20 orang pelajar - 10 putera & 10 puteri - telah mengambil bahagian dalam acara Khatam Quran. Acara selingan telah diserikan oleh kumpulan nasyid puteri asrama yang mendapat sambutan hebat hadirin. Diikuti dengan acara penyampaian cenderahati kepada yang terlibat dalam majlis khatam quran pagi ini. Kemuncak acara ialah jamuan pelbagai juadah yang amat menyelerakan. Tahniah kepada semua.