Friday, December 10, 2010

LAWATAN ROMBONGAN IAB

10 Disember, Jumaat - Serombongan 14 personel dari Institut Aminuddin Baki sedang berada di Dewan Gemilang Asrama SM3KB untuk satu sesi lawatan rasmi. Lawatan bertujuan meninjau pengurusan asrama dan pengurusan kewangan asrama SM3KB.

Sunday, November 14, 2010

TAUTAN MESRA 1 ASRAMA


Nov 14 - Majlis sempena jamuan akhir tahun asrama sedang berlangsung di Dewan Gemilang bermula 9 pagi ini. Pengisian program termasuk Senaman pagi 9poco-poco) , sukaneka, karaoke, jamuan & penyampaian hadiah-hadiah. Juadah disediakan termasuk sate, kuih muih, nasi goreng, mihun sup gearbox, nasi impit kuah kacang dan ayam goreng. Majlis akhir untuk tahun 2010 ini turut dihadiri beberapa wakil Persatuan ALUMNI dan x-sm3kbian. Pihak pengurusan asrama amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir bagi menyerikan majlis pagi ini. Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana majlis bermula dan berakhir dengan jayanya.
Gambar peristiwa di link MEMORI INDAH. SILA KLIK UNTUK TONTON.

Wednesday, November 10, 2010

LAWATAN KE PENANG












Rombongan 2 bas pelajar asrama diiringi 6 orang guru telah berada di Pulau Pinang selama 2 hari. Perjalanan bermula jam 11.30 mlm Ahad 7 November 2010 dan sampai di Pulau Mutiara seawal 5.00 pagi.
8 Nov - Perhentian pertama di Masjid Negeri untuk menunaikan solat Subuh sebelum ke destinasi pertama - Museum Perang Batu Maung. Dalam perjalanan sarapan pagi di Pelita Nasi Kandar. Seterusnya ke lokasi kedua - Kek Lok Si Temple atau Pagoda di Air Itam untuk membeli belah barang-barang tiruan berjenama dengan harga yang murah sepanjang menaiki tangga ke kolam kura-kura yang terletak di separuh puncak bangunan. Dalam perjalanan ke tempat penginapan di TM Resort Tanjung Bungah, makan tengahari ialah di Subadah Nasi Kandar. Selepas checkin dan berehat seketika, rombongan berlabuh pula di Padang Kota Lama lewat petang sambil menikmati malam malam di gerai-gerai yang menyediakan pelbagai pilihan makanan. Dalam keadaan hujan, rombongan kembali ke resort untuk berehat sepanjang malam.
9 Nov - Selepas sarapan di restoran Khaleel di Padang Kota Baru, rombongan ke Rumah Seniman Agung P.Ramlee dari 10 pagi untuk 1.00 jam dan kemudian bergerak pula ke Taman Herba di Teluk Bahang. Selama hampir 2 jam, banyak ilmu perubatan tradisional dapat diperolehi jika diberi tumpuan kepada penerangan yang disampaikan En Baxter selama berada dalam kawasan seluas 3 hektar itu. Dari situ rombongan balik ke resort untuk persiapan checkout jam 2.00 petang. Dalam perjalanan, rombongan singgah di Chowrasta Market untuk merasa hidangan istimewa Penang - 'haichee' - berupa tahu & cucur goreng- dimakan bersama ais campur (air kelapa campur bahan yang menyejukkan badan) sambil membeli belah terutama jeruk pala sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Rombongan bergerak pulang jam 3 petang - singgah di RnR Tapah untuk Maghrib dan makam malam - dan sampai di KKB jam 9.30 mlm. Syukur kerana perjalanan pergi dan balik dalam keadaan selamat.

Tuesday, October 26, 2010

Lawatan Mesra Yayasan Selangor

26/10/10, Selasa - 2 orang pegawai Yayasan Selangor -Pn Ros Maria & Pn Zarina -telah hadir melawat pelajar yayasan pada hari ini untuk meninjau keadaan dan semangat pelajar tajaan yayasan yang akan menduduki SPM tahun ini. Beliau mewakili Pengurus Besar YS turut menyerahkan sumbangan RM3000 kepada sekolah. Dalam ucapan beliau, YS amat bangga kerana telah berjaya melahirkan pelajar cemerlang SPM 2009 yang kini sedang belajar di United Kingdom (UK). Peluang kini terbuka luas kepada bakal pelajar cemerlang untuk menyertai Incubator Program - gabungan Yayasan Selangor & MMU (tajaan Telekom Malaysia). Pemilihan pelajar untuk tahun 2011 ialah UPSR 5A & PMR 6A. YS turut memohon tambahan quota untuk diserapkan ke sekolah ini untuk tahun 2011. YS merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada sekolah yang selama ini telah bekerjsama menjayakan program-program Yayasan Selangor untuk kemajuan pendidikan di Negeri Selangor.

Tuesday, October 19, 2010

Mesyuarat JK ke 6

Mesyuarat JK Kali ke 6 telah berlangsung pada hari ini 19 Oktober 2010 bermula 4 petang. Antara perkara yang dipersetujui dalam mesyuarat kali ini termasuklah antaranya:
i. Mereka semula VISI asrama "ASRAMA HARIAN SMK KUALA KUBU BHARU UNGGUL MENJELANG 2014"
ii. Menamakan bangunan baru, medan letak kereta
iii. membina gelanggan permainan di kawasan baru
iv. barang rampasan dipersetujui dilupuskan selepas tempoh 1 tahun tdak dituntut
v. Pelan Strategik Pengurusan Asrama 2011-2015 - hantar 25.10.10 kpd PK HEM
VI. Permohonan pelajar asrama untuk mengikuti kelas tuisyen di luar dibenarkan dengan syarat yang akan ditetapkan.
vii. Laporan lawatan pantauan JPNS dan PPD - teguran & tindakan
vi. Aktiviti terdekat :
a. Jamuan Akhir Tahun & Hari Keluarga Asrama - 30.10.10
b.

Saturday, October 2, 2010

PROGRAM 3-IN-1

Hari ini sekali lagi asarama SM3KB mengadakan program 3 dalam i... Majlis Solat Hajat- Khatam Quran - Jamuan Raya. Program bermula jam 9 pagi dan berakhir kira-kira 12.30 tgh. Program turut dihadiri ibu bapa pelajar. Selepas program pelajar tingkatan 1 7 2 dibenarkan balik ke rumah sempena pelepasan kepada mereka semasa PMR minggu depan.

Tuesday, September 28, 2010

Mesyuarat JK

Mesyuarat JK Pengurusan Asrama telah diadakan untuk kali ke 5 hari ini bermula 2 ptg. Beberapa perkara utama telah diputuskan untuk tindakan susulan jk terlibat. Aktiviti-aktiviti dalam perancangan yang melibatkan penghuni & ibubapa adalah :
1. Majlis Solat Hajat untuk calon PMR, SPM & STPM akan diadakan pada hari Sabtu 2 Oktober 2010 bermula jam 9 pagi di Dewan Gemilang berimamkan Imam 1 Masjid KKB
2. Majlis Khatam AL-Quran akan dijalankan selepas solat hajat dan diakhiri dengan Jamuan Hari Raya Asrama 2010.
3. Semua penghuni asrama dibenarkan balik pada minggu ini. Pelajar tingkatan 1 & 2 akan dicutikan sepanjang PMR berlangsung bermula 5 Oktober 2010.
4. Lawatan ke Terengganu akan diadakan pada 8-10 Oktober melibatkan ramai pelajar tingkatan 1 & 2 (pelajar yang terlibat perlu balik semula ke asrama 7 Okt).
5. Jamuan Akhir Tahun Asrama & hari keluarga akan diadakan pada hari Sabtu 23 Oktober 2010 bermula jam 8 pagi di Padangn Sekolah yang akan diisi dengan sukaneka sebelum jamuan makan tengah hari.
6. JK ditugaskan untuk menyediakan Pelan Strategik Asarama 2011-2015 dan Takwim Asrama 2011

Monday, August 23, 2010

Majlis 3-1

Isnin 23 Ogos - Bertempat di Dewan Seri Murni SM3KB, 3 majlis sedang dijalankan serentak. Bermula dengan Majlis Penyerahan Watikah MKPA, Iftar, solat Maghrib, Bacaan Yassin dan Solat Tarawih bersama pelajar asrama. Majlis turut meraikan perpindahan Pn Mazmin bt Mohd ke SMK Serendah mulai 24.08.2010. Majlis bermula jam 5.00 petang dan dijangka berakhir jam 10 mlm.SELAMAT BERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERPUASA.

Wednesday, August 11, 2010

Program Bulan Ogos

Selasa 10.08.10 - Majlis Menyambut Puasa - makan tengahari bersama Mentor Mentee sekali gus meraikan perkahwinan "MaMa" - tukang masak di asrama.
Rabu 11.08.10 - Mesyuarat JK Pengurusan Asrama
Isnin 23.08.10 - Majlis penyerahan watikah MPKA, Iftar dan Solat Tarawih.
Jumaat 27.08.10 - Nuzul Quran -cuti pelajar balik sehingga Ahad 29.08.10
Sempena bulan Ramadhan, semua pelajar asrama dibenarkan balik setiap minggu untuk pelruang berbuka di rumah bersama keluarga.
Dalam perancangan bulan Oktober 2010
2.10.10 (Sabtu) - Jamauan Hari Raya,Solat Hajat dan Majlis Khatam Quran
8.10.10 (Jumaat-Ahad)- Lawatan pelajar ke Terengganu
16-17.10.10 (Sabtu-Ahad) - Lawatan JK Pengurusan ke SMK Tengku Bainun di Kedah
23.10.10 - Jamuan Akhir Tahun Asrama

Wednesday, July 14, 2010

Majlis Pertemuan Waris ke 2

Program Waris Pertemuan Waris kali ke 2 akan diadakan pada hari Ahad 18 Julai 2010bermula jam 2.45 ptg bertempat di Dewan Gemilang Asrama SM3KB.

Tuesday, April 20, 2010

SPELL CRAZE

Program : Spell Craze
Tarikh : 27.3 2010
Masa : 9.00-11pg
Tempat : Dewan Gemilang Asrama.
Peserta : Tingkatan 1-3
Guru terlibat : Pn Zainab Hj Said
Cik Zuraidah Arbaei
Seramai 15 pelajar menjadi peserta. Sebanyak 6 pusingan dijalankan.
4 peserta telah terpilih untuk ke pusingan akhir dan johan adalah Abu Zulkarnain (tkt 2S), Kedua Mohd Izat (Tkt 1S) dan ketiga Muhammad.




Thursday, January 28, 2010

Mesyuarat JK Asrama Kali ke2

Khamis 28 Januari - Mesyuarat JK Asrama kali ke 2 sedang berlangsung di Dewan Gemilang Asrama bermula jam 2.00 petang. Agenda hari ini meliputi semua aspek pengurusan asrama yang lebih menekankan jadual bertugas JK Asrama untuk tahun 2010. Satu perkara yang menjadi fokus dalam mesyuarat ini ialah pemantapan rohani pelajar asrama. Aktiviti yang diatur termasuk bacaan Yassin dan solat hajat 2 minggu sekali selain kelas mengaji setiap rabu dan khamis malam.

Monday, January 25, 2010

Mentor Mentee Makan Beradap

Isnin 25 Jan - Majlis penyerahan mentee kepada mentor asrama berlangsung petang tadi dengan meriah sekali. Selepas acara makan tengahri bersama, para mentor dapat bersua dan berkenalan dengan mentee masing-masing untuk mengatur perancangan seterusnya bagi mencapai matlamat program ini.

Saturday, January 23, 2010

Program Jalinan Kasih



Program Jalinan Kasih atau Minggu Suaikenal untuk penghuni baru asrama telah dilangsungkan selama 1 minggu bermula 18 - 24 Januari 2010. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan selama tempoh tersebut. Tahniah kepada JK yang telah berjaya mengatur dan melaksanakan dengan teratur dan terkawal. Peserta telah memberi kerjasama dan terpancar sinar kegembiraan di wajah mereka.Malam Persembahan diserikan dengan pelbagai corak persembahan yang bertemakan 1 Malaysia. Terserlah bakat dan keyakinan diri semua yang terlibat. Syabas !!!

Sunday, January 3, 2010

Pendaftaran Pelajar Sesi 2010


Pendaftaran pelajar yang terpilih untuk tinggal di Asrama Sm3KB sesi 2010 telah berlangsung dengan lancar bermula jam 9.45 pagi hingga tengah hari tadi. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengetua, Penasihat Khas Pengurusan Asrama, YDP dan Naib YDP PIBG serta JK Pengurusan Asrama. Majlis sempat juga disiarkan secara langsung dari awal hingga akhir. Kemaafan dipinta jika sekiranya gambar tidak jelas kerana peralatan digunakan amat mininal. Adalah diharapkan pihak PIBG akan sudi membantu menambah keperluan asas seperti kamera dan lampu supaya siaran menjadi lebih berkesan. Apa pun siaran hari berjaya dan boleh dibuat lagi pada masa akan datang. Majlis pagi ini dipenuhi dengan siri ucapan, penyampaian hadiah kepada pelajar asrama cemerlang PMR 2009. pembayaran dan pengagihan kamar untuk pelajar yang telah berjaya mendapat tempat di asrama pada tahun ini. Menjelang tengah hari semua urusan telah selesai. Sebahagian gambar-gambar sepanjag majlis berlangsung. Lebih banyak gambar di http://aspurasm3kb.fotopages.com