Friday, September 30, 2011

MAJLIS SOLAT HAJAT

Majlis Solat Hajat Bersama Pelajar Asrama kali ke 2 - 2011. Majlis akan bermula pada jam 6.30 ptg untuk makan malam sebelum solat maghrib. Program akan diisi dengan bacaan doa, ucapan pengetua. Selepas solat maghrib diisi dengan bacaan Surah Yassin dan selepas Isyak baru solat hajat akan didirikan. Program ini akan melibatkan semua penghuni, JK Pengurusan Asrama serta ibubapa pelajar. Semoga usaha yang sedikit ini dapat membantu anak2 didik SM3KB dapat mengekalkan kecemerlangan yang telah dicipta selama ini.

Friday, August 26, 2011

KHATAM QURAN 1432H

Khamis,25.8.11- Majlis Khatam Quran telah disempurnakan di Dewan Gemilang Asrama Sm3KB di bawah pimpinan Ustaz Mohd Afiff bin Nasaruddin, juga merupakan tenaga pengajar sepanjang bulan Ramdhan membantu serta membimbing putera putri asrama. Dalam majlis yang sama semua penghuni asrama telah mendapat sumbangan duit raya seblum sama-sama berbuka puasa dan seterusnya solat maghrib-isyak dan mendirikan solat tarawih. Syabas kepada semua yang terlibat kerana telah berjaya menghabiskan bacaan tadarus sehingga khatam untuk tahun 1432H.

Wednesday, August 17, 2011

IFTOR bersama ALUMNI

Selasa,16.8.11 - Malam Nuzul Quran menjadi ingatan dlm kenangan kepada penghuni asrama kerana mendapat kunjungan daripada ahli ALUMNI SM3KB. Majlis berbuka, solat maghrib dan makan malam diselitkan pula dengan penyampaian sumbangan kepada beberapa orang putera & puteri asrama yang memerlukan untuk belanja menyambut kedatangan Syawal. Turut disumbangkan majalah/buku untuk PSS Asrama. Terima kasih daun keladi, sudi2 lah kunjungi lagi.

Friday, July 15, 2011

Majlis Solat hajat & Bacaan Yaasin

Khamis, 14 Julai 2011- Majlis telah diadakan di Dewan Gemilang Asrama bermula solat berjemaah Maghrib selepas makan malam bersama semua yang hadir. Turt hadir ibubapa putera puteri asrama khususnya yang akan menduduki PMR,SPM & STPM. Solat Hajat dan Bacaan Yaasin dipimpin oleh Ustan Wan Mohd Nor dari Darul Quran. Sebelum solat Isyak, tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz menyentuh langkah-langkah mencapai kejayaan dunia & akhirat dari sudut amalan Islam. Majlis diakhir dengan sesi beramah mesra sambil menikmati jaudah minum malam.

Friday, July 8, 2011

Mesyurat ke 5

Jumaat, 8.7.11- Sementara putera puteri asrama teruja untuk balik bermalam dirumah petang Jumaat ini, JK Pengurusan Asrama telah mengadakan mesyuarat kali ke 5 bertempat di bilik mesyuarat baru yang lebih selesa dan luas. Dalam tempoh 3 jam itu pelbagai resolusi melibatkan isu penghuni, keputusan akademik, laporan disiplin dan cadangan2 baru untuk penambahbaikan mengurus asrama dan para penghuni. Perkara-perkara melibatkan pengurusan yang miscommunication antara tertenu telah juga dibangkitkan untuk kesekian kalinya. Diharapkan perubahan dapat dibuat dan akan berlaku demi kecemerlangan dan keunggulan asrama sm3kb 2014.

Wednesday, July 6, 2011

Majlis pertemuan Mentor Mentee









Rabu, 6.7.11 - Majlis telah diadakan awal petang tadi bertempat di Dewan Seri Murni Asrama SM3KB. Sebelum daripada itu, beberapa siri penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh PK HEM, Pn Maniza bt Yusof. Antaranya adalah pertandingan dorm ceria (semunay dibolot aspuri), karnival sukan yang telah diadakan lebih awal daripada ini (tetapi tidak dimaklumkan untuk hebahan) dan hari cenderahati kepada mantan warden dan warden pengganti. Majlis penyerahan mentor mentee mengakhiri acara selepas makan tengah bersama mentor-mentee (walaupun waktunya makan pukul 3 petang).

Friday, April 22, 2011

Mesyuarat JK Kali ke 3

Jumaat - Mesyuarat JK kali ke 3 sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat Asrama. Kehadiran adalah seramai 13 orang dan dipengerusikan oleh Tn Pengetua. Antara resolusi yang dicapai ialah:
1. Pencapaian akademik pelajar asrama PMR, SPM & STPM
2. Perancangan & pelaksanaan program untuk mengekalkan pencapaian yang ada.
3. Perancangan strategik asrama 2011
4. Perincian peranan dan tanggungjawab personel asrama
5. Reunion Asrama dicadangkan 28 Mei 2011. AJK Pelaksana akan dibentuk.

Saturday, April 9, 2011

KEM KECEMERLANGAN ASRAMA

Kem Kecemerlangan Pelajar Asrama yang akan menduduki PMR, SPM & STPM sedang berlangsung di INB Resort, Ayer Keroh, Melaka. Rombongan 2 bas terdiri daripada 80 orang pelajar dan 6 orang guru bersama 2 orang kaunselor. Program berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula hari Jumaat 8.4.11 bila mana rombongan bergerak dari Dataran Asrama pada jam 3.45 petang dan sampai ke tempat penginapan pada 8.30 mlm. Selepas makan malam & menghias diri, peserta didedahkan dengan acara pertama - ice breaking sehingga 11.30 mlm sbelum masuk tidur. Hari kedua bermula dengan solat subuh berjemaah, tazkirah, senamrobik sbelum sarapan pagi. Aturcara program disusun rapi oleh fasilitator yang dilantik HUSHIM Motivational & Counselling Consultancy. Pengisian hari kedua termasuk slot motivasi dalam dewan & Explorace hingga lewat malam. Untuk hari ketiga dijangkakan qiamulail akan diadakan awal pagi esok dan beberapa aktiviti lagi sebelum rombongan berangkat pulang ke KKB selepas makan tengahari dan dijangka sampai lewat petang. Lihat gambar di http://kemapril2011.blogspot.com

Saturday, March 5, 2011

Mesy JK & Penyerahan Mentee

Jumaat, 4.3.11 - Mesyuarat JK Asrama kali ke 3 telah diadakan petang tadi di Dewan Makan Asrama bermula jam 3 petang dan diakhiri dengan majlis penyerahan mentor-mentee. Majlis berjalan lanar dan berjaya sepenuhnya.

Friday, February 25, 2011

Majlis Makan Malam

Jumaat,25.2.11 - tunggu laporannya.

Friday, February 11, 2011

Mesyuarat JK kali 2/11

Jumaat, 11.2.11 - Mesyuarat JK kali ke2 sedang berlangsung di Dewan Makan Asrama bermula 3 ptg. Mesyuarat kali ini akan membincangkan perkara-perkara berikut :
1. Pengurusan Asrama 2011
2. Majlis Makan Malam Asrama - pada Jumaat 25 Februari 2011 bermula 8 mlm.
3. Pokok-pokok naga akan dianakangkatkan kepada semua penghuni asrama.
4. Ibubapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG dibenarkan balik pada hari Sabtu 12.2.11.
5. Majlis Penyerahan Mentor-Mentee pada 24 Februari 2011.

Sunday, January 2, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR ASRAMA 2011

2.1.11, Ahad - Pendaftaran pelajar asrama 2011 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan SM3KB. Turut hadir YDP DSP Bakhtiar. Taklimat pengurusan asrama telah disampaikan oleh Pengetua, PK1, PKHEM & PKKoku. Selepas urusan pendaftaran, membayar yuran dan ke kamar, satu majlis solat hajat bersama ibubapa diadakan bagi mendapat restu dan dijauhi daripada gangguan selama pelajar berada di asrama untuk tahun 2011.Program berakhir dengan jamuan makan tengah hari.






KEPUTUSAN PMR 2010

1. ZAHARAH BT ZULKIFLI 9A
2. NOR HIDAYAH BT ZAMRI 9A
3. AZRUL SHAFIQ 8A
4. SHAMIMI AIDA 8A 1B
5. ABDUL MUIZZ 7A 1B
6. AUFFA NAJWA 7A 2B
7. NUR AQILAH BT MOHD ARIF 7A 1B
8. NOR FATIN IYANA 7A 2B
9. NURIN AIMAN 6A 2B 1C
10. NOOR SHAFEKAH BT ABDULLAH 6A 2B
11.SHAHIRAH BT ABD AZIZ 6A 2B
12.MOHD ASHRAF BIN HATTA 5A 2B 1C 1D
13.NAEMAH 5A 2C 1B
14.NOR SUAIDAH 5A 4B
15.AMIRAH SYUHADAH 4A 2B
16.WAN NOR KHALEEDA 4A 5B
17.RAJA NOR AMALINA 3A 5B 1C
18.SYARINA BT SHABUDIN 3A 6B
19.MIOR 2A 6B 1C