Tuesday, December 15, 2009

SIARAN LANGSUNG 3 JANUARI 2010

Kami sedang cuba mengatur satu siaran langsung dari Asrama SM3KB sempena hari pendaftaran pelajar baru dan lama balik ke asrama untuk tahun 2010. Kepada saudara mara yang tidak berkesempatan untuk bersama-sama kami di KKB boleh saksikan majlis tersebut melalui blog ini. Ini adalah peringkat percubaan sahaja. Gambar yang dipancarkan mungkin tidak jelas dan terdapat gangguan sekali sekala. Maklum balas dari penonton amat dialu-alukan. (Siaran hanya pada 3 Januari 2010) Boleh juga ditonton di www.tv4s.blogspot.com Panduan : Klik pada butang tanda play dalam skrin tv untuk mulakan. Klik pada kotak biru untuk skrin penuh. Selamat menonton.

Tuesday, December 8, 2009

Mesyuarat JK Akhir tahun 2009

Mesyuarat JK Asrama sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat SM3KB bagi membincangkan beberapa perkara persediaan tahun 2010. Agenda utama ialah membuat pernilaian permohonan masuk asrama tahun 2010.
Untuk rujukan ibubapa, berikut adalah senarai pembayaran yuran asrama tahun 2010
Bayaran semasa pendaftaran pada 3 Januari 2010 -
Pendaftaran = RM50.00
Hemah Diri = RM50.00
Kebajikan = RM10.00
Makan (Jan) = RM25.00
Makan (Feb) = RM20.00
Program Memperkasa BI = RM50.00
Baju T (L) =RM20.00
Baju T )P) = RM25.00
Batik (L) = RM45.00
Batik (P) = RM65.00
Sampin (L)/ Kain kurung (P) = RM45.00
Kain Cadar & Sarung Bantal & selimut = RM85.00
Jumlah keseluruhan pelajar baru Putera = RM 400.00 Puteri RM415.00
Yuran Asrama bulan Jan & Feb mestilah dijelaskan pada hari pendaftaran( 3 Januari 2010)

Saturday, October 24, 2009

MAJLIS 3 SERANGKAI

Satu majlis yang merangkumi 3 acara serentak sedang berlangsung di Dewan Gemilang Asrama SM3KB hari ini Sabtu 24 Oktober 2009. Majlis Khatam Quran, Jamuan Hari Raya dan Majlis Perpisahan Pelajar Asrama Tahun 2009 diadakan serentak bermula jam 9.00 pagi dan dijangka berakhir jam 12.00 tgh. Acara pagi ini dimulakan dengan bacaan doa, ucapan oleh PK HEM En Abu Mansor bin Sathri dan ucapan perasmian oleh Pn Mazmin bt Mohd, Pengetua SM3KB. Sementara itu Majlis Khatam Quran dipimpin oleh Ustaz Abu Kassim bin Rashidi. 20 orang pelajar - 10 putera & 10 puteri - telah mengambil bahagian dalam acara Khatam Quran. Acara selingan telah diserikan oleh kumpulan nasyid puteri asrama yang mendapat sambutan hebat hadirin. Diikuti dengan acara penyampaian cenderahati kepada yang terlibat dalam majlis khatam quran pagi ini. Kemuncak acara ialah jamuan pelbagai juadah yang amat menyelerakan. Tahniah kepada semua.

Thursday, September 10, 2009

MAJLIS BERBUKA DAN TARAWIH

Majlis berbuka puasa antara JK Asrama dengan putera dan puteri asrama telah diadakan pada petang ini mengambil sempena keberkatan malam 21 Ramadhan. Selepas majlis berbuka acara solat Maghrib dan seterusnya Tarawih turut dijalankan bersama. Majlis berakhir dengan santapan moreh yang sangat menyelerakan semua yang hadir pada malam ini.

Wednesday, July 29, 2009

Majlis Makan Beradab

Satu majlis makan beradab jawatankuasa asrama bersama para putera dan puteri asraam telah diadakan siang tadi bermula jam 1.00 tgh. Majlsi diselitkan dengan acara-acara ucapan dan penyampaian hadiah khusus bagi meraikan Cikgu Abdul Rashid Hj Ramli yang akan meletakkan jawatan selaku Warden Asrama mulai 1 Ogos 2009. Sebagai pengganti Cikgu Rafizi dan Cikgu Juliana telah diumumkan sebagai Warden yang baru. Acara berakhir dengan jamuan makan bersama pelajar. Tujuan majlis adalah untuk melatih penghuni asrama adab ketika berada dalam majlis rasmi mengikut protokol.

Thursday, July 9, 2009

PENYERAHAN BUKU RUJUKAN

Pegawai Pembangunan Pendidikan Yayasan Selangor, Pn Rosmaria Nani telah berkunjung ke sekolah untuk bertemu dengan pelajar yayasan dari tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Mereka telah bersekesempatan bersoal jawab dengan beliau bagi menyatakan kesungguhan mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM tahun ini. Pihak YS telah menyumbangkan buku-buku rujukan / ulangkaji bagi membantu pelajar-pelajar terlibat membuat persediaan yang sewajarnya.

Wednesday, July 8, 2009

MESYUARAT KE 6

Mesyuarat zJK Pengurusan Asrama kali ke 6 akan diadakan pada hari ini Rabu 8 Julai 2009 bermula jam 2.30 ptg. Butiran lanjut menyusul...

LAWATAN AKADEMIK & KERJAYA - TERENGGANU

Satu lawatan akademik dan kerjaya ke Negeri Terengganu telah berlangsung pada 26-29 Jun 2009. Rombongan kali ini disertai oleh 38 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring. Rombongan bertolak dari SM3KB pada kira-kira pukul 11.30 malam. Rombongan telah menginap di Sri Hoover Hotel, Kuala Terengganu. Maklumat lanjut berita lawatan masih belum diterima.

ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG (ASAT)

Serombongan pelajar asrama (75 orang) bersama beberapa orang guru pengiring(18 orang) 0telah berangkat ke Kuala Selangor. Pemergian rombongan adalah untuk mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan yang telah dianjurkan oleh JPN Selangor. Susunan acara berbentuk pesta telah diadakan selama sehari iaitu pada Hari Sabtu 20 Jun 2009. Oleh kerana perjalanan agak jauh dan pasukan perlu mendaftar seawal 7.30 pagi, maka rombongan telah bermalam di Chalet Kuala Selangor pada malam 19 Jun 2009. Pelajar asrama telah menyertai semua acara yang dipertandingkan iaitu : Bola Jaring, Bola Sepak, Nasyid, Bahas ala parlimen, Pidato Bahasa Inggeris, Catur dan Nyanyian solo. Ini merupakan kali pertama Negeri Selangor menganjurkan ASAT dan semua pelajar yang menyertai pesta kali ini telah menimba pengalaman dan tips berguna untuk lebih bersedia pada tahan depan.

Friday, April 24, 2009

Mesyuarat JK Asrama

Mesyuarat telah berlangsung pada hari Jumaat 24 April 2009 mulai 3.00 petang hingga 5.00 petang. pelbagai perkara telah dibincang untuk meningkatkan prestasi pengurusan asrama SM3KB. Antara yang menarik untuk tempoh 2 bulan akan datang ialah penyertaan pelajar asrama ke pertandingan sempena Anugerah Kecemerlangan Asrama yang akan diadakan di Kuala Selangor pada 20 Jun 2009. Pelajar kita akan menyertai pertandinga bolasepak, bolajaring, catur, nasyid, bahas parlimen, pidato dan nyanyia lagi irama Malaysia. Semoga wakil asrama kita akan berjaya mengondol pelbagai kemenangan.

Tuesday, March 10, 2009

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN



Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar Asrama telah dijalankan dengan jayanya pada hari Jumaat hingga Ahad (6-8hb Mac 2009). Program yang dijalankan ini merupakan ruang praktikal bagi kaunselor pelatih dari UPSI. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini demi kecemerlangan pelajar SM3KB yang berada di asrama. Semoga mereka senantiasa mencapai kecemerlangan dalam semua bidang yang mereka ceburi.

Sunday, March 1, 2009

MAJLIS PERPISAHAN



Majlis meraikan perpindahan Tn Hj Manap bin Jarkasi Pengetua Kanan SM3KB berlangsung dalam suasana tenang diselubungi kesedihan kepada beberapa aspura & aspuri. Majlis diadakan pada pagi Ahad 1 Mac 2009. Slot persembahan penghuni asrama telah meninggalkan kenangan kepada yang diraikan untuk menghilangkan rasa sedih atas kehilangan pemimpin yang perjuangannya belum selesai di SM3KB.


Wednesday, January 14, 2009

Hari Pendaftaran Pelajar 2009





Hari mendaftar kemasukan ke asrama bagi pelajar lama dan baru telah dijalankan pada Hari Ahad 4 Januari 2009. Kerja-kerja mendaftar, membayar dan masuk ke kamar berjalan seperti dirancang dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Sebelum itu ibubapa telah diberi taklimat oleh PK Hem En Abu Mansor bin Sathri. Dalam ucapan aluan Pengetua Kanan Tn Hj Manap bin Jarkasi meminta kerjasama ibubapa agar sudi memberi sumbangan untuk projek menanam 'dragon fruit' sekeliling asrama dengan menjadikan setiap pokok sebagai anak angkat setiap seorang penghuni asrama SM3KB. Hadiah kepada pelajar cemerlang PMR 2008 juga sempat disampaikan kepada pelajar yang berkenaan pada pagi itu yang telah disampaikan oleh Naib YDP PIBG En Vincent Teh. Turut hadir menyerikan majlis En Kamal Rusdi wakil PPD Hulu Selangor.
Gambar peristiwa pada hari berkenaan boleh dilihat di Pautan...Memori Indah.