Wednesday, July 8, 2009

ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG (ASAT)

Serombongan pelajar asrama (75 orang) bersama beberapa orang guru pengiring(18 orang) 0telah berangkat ke Kuala Selangor. Pemergian rombongan adalah untuk mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan yang telah dianjurkan oleh JPN Selangor. Susunan acara berbentuk pesta telah diadakan selama sehari iaitu pada Hari Sabtu 20 Jun 2009. Oleh kerana perjalanan agak jauh dan pasukan perlu mendaftar seawal 7.30 pagi, maka rombongan telah bermalam di Chalet Kuala Selangor pada malam 19 Jun 2009. Pelajar asrama telah menyertai semua acara yang dipertandingkan iaitu : Bola Jaring, Bola Sepak, Nasyid, Bahas ala parlimen, Pidato Bahasa Inggeris, Catur dan Nyanyian solo. Ini merupakan kali pertama Negeri Selangor menganjurkan ASAT dan semua pelajar yang menyertai pesta kali ini telah menimba pengalaman dan tips berguna untuk lebih bersedia pada tahan depan.

1 comment:

GiLoCatur said...

Sila lawati laman blog http://asat2009.blogspot.com/ utk mengikuti berita2 dan info tentang ASAT peringkat kebangsaan yg akan berlansung hujung minggu ini di KL.