Pendaftaran pelajar yang terpilih untuk tinggal di Asrama Sm3KB sesi 2010 telah berlangsung dengan lancar bermula jam 9.45 pagi hingga tengah hari tadi. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengetua, Penasihat Khas Pengurusan Asrama, YDP dan Naib YDP PIBG serta JK Pengurusan Asrama. Majlis sempat juga disiarkan secara langsung dari awal hingga akhir. Kemaafan dipinta jika sekiranya gambar tidak jelas kerana peralatan digunakan amat mininal. Adalah diharapkan pihak PIBG akan sudi membantu menambah keperluan asas seperti kamera dan lampu supaya siaran menjadi lebih berkesan. Apa pun siaran hari berjaya dan boleh dibuat lagi pada masa akan datang. Majlis pagi ini dipenuhi dengan siri ucapan, penyampaian hadiah kepada pelajar asrama cemerlang PMR 2009. pembayaran dan pengagihan kamar untuk pelajar yang telah berjaya mendapat tempat di asrama pada tahun ini. Menjelang tengah hari semua urusan telah selesai.
Blog ini dibina atas permintaan ibubapa yang anak-anak mereka menetap di Asrama SMKKKB (SM3KB). Diharapkan dengan meninjau blogspot ini, kerinduan terhadap anak-anak yang jauh dari mata terubat jua walaupun sekelumit dengan paparan-paparan aktiviti-aktiviti yang aspura/aspuri lalui. Selamat melayari.
Sunday, January 3, 2010
Pendaftaran Pelajar Sesi 2010
Pendaftaran pelajar yang terpilih untuk tinggal di Asrama Sm3KB sesi 2010 telah berlangsung dengan lancar bermula jam 9.45 pagi hingga tengah hari tadi. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengetua, Penasihat Khas Pengurusan Asrama, YDP dan Naib YDP PIBG serta JK Pengurusan Asrama. Majlis sempat juga disiarkan secara langsung dari awal hingga akhir. Kemaafan dipinta jika sekiranya gambar tidak jelas kerana peralatan digunakan amat mininal. Adalah diharapkan pihak PIBG akan sudi membantu menambah keperluan asas seperti kamera dan lampu supaya siaran menjadi lebih berkesan. Apa pun siaran hari berjaya dan boleh dibuat lagi pada masa akan datang. Majlis pagi ini dipenuhi dengan siri ucapan, penyampaian hadiah kepada pelajar asrama cemerlang PMR 2009. pembayaran dan pengagihan kamar untuk pelajar yang telah berjaya mendapat tempat di asrama pada tahun ini. Menjelang tengah hari semua urusan telah selesai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment