Wednesday, September 10, 2008

Mesyuarat JK Pengurusan kali ke 6

Mesyuarat Jk Pengurusan Asrama kali ke 6 sedang berlangsung di bilik mesyuarat SM3KB. Dipengrusikan oleh Pengetua Kanan SM3KB, Tn Hj Manap bin Jarkasi, mesyuarat akan membincangkan beberapa aktiviti yang akan dijalankan di asrama sebelum putera puteri asrama balik ke kampung bercuti hujung tahun. Dalam tempoh terdekat majlis Khatam Quran/Solat Hajat/Bacaan Yassin akan diadakan. Tarikh belum diputuskan. Majlis pertemuan Waris pula akan menyusul sebelum Jamuan Hari Raya & Majlis Akhir Tahun untuk menutup tirai tahun 2008. Doa sentiasa dipanjat ke hadrat Allah s.w.t. agar semua putera puteri asrama SM3KB akab beroleh kejayaan dalam semua peperiksaan yang akan diduduki. Untuk kekal berada di asrama, putera puteri asrama perlu mengekalkan keputusan 70% lulus dalam semua mata pelajaran. BERILMU dan BERAMAL jaminan kejayaan dunia akhirat.

1 comment:

alangtrio said...

Assalamualaikum,
tahniah atas usaha pengendalian blog untuk warga asrama SM3KB. Harapan saya, dengan adanya blog ini dapat sedikit sebanyak mengubat rindu kami yang anak anaknya berada di asrama serta dapat kami mengikuti dengan lebih kerap setiap perkembangan yang berlaku.

Adalah diharapkan juga dengan adanya blog boleh menjadi pemangkin atas usaha untuk merealisasikan Biro asrama seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Tahniah sekali lagi dan semuga berjaya.