Friday, April 22, 2011

Mesyuarat JK Kali ke 3

Jumaat - Mesyuarat JK kali ke 3 sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat Asrama. Kehadiran adalah seramai 13 orang dan dipengerusikan oleh Tn Pengetua. Antara resolusi yang dicapai ialah:
1. Pencapaian akademik pelajar asrama PMR, SPM & STPM
2. Perancangan & pelaksanaan program untuk mengekalkan pencapaian yang ada.
3. Perancangan strategik asrama 2011
4. Perincian peranan dan tanggungjawab personel asrama
5. Reunion Asrama dicadangkan 28 Mei 2011. AJK Pelaksana akan dibentuk.

Saturday, April 9, 2011

KEM KECEMERLANGAN ASRAMA

Kem Kecemerlangan Pelajar Asrama yang akan menduduki PMR, SPM & STPM sedang berlangsung di INB Resort, Ayer Keroh, Melaka. Rombongan 2 bas terdiri daripada 80 orang pelajar dan 6 orang guru bersama 2 orang kaunselor. Program berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula hari Jumaat 8.4.11 bila mana rombongan bergerak dari Dataran Asrama pada jam 3.45 petang dan sampai ke tempat penginapan pada 8.30 mlm. Selepas makan malam & menghias diri, peserta didedahkan dengan acara pertama - ice breaking sehingga 11.30 mlm sbelum masuk tidur. Hari kedua bermula dengan solat subuh berjemaah, tazkirah, senamrobik sbelum sarapan pagi. Aturcara program disusun rapi oleh fasilitator yang dilantik HUSHIM Motivational & Counselling Consultancy. Pengisian hari kedua termasuk slot motivasi dalam dewan & Explorace hingga lewat malam. Untuk hari ketiga dijangkakan qiamulail akan diadakan awal pagi esok dan beberapa aktiviti lagi sebelum rombongan berangkat pulang ke KKB selepas makan tengahari dan dijangka sampai lewat petang. Lihat gambar di http://kemapril2011.blogspot.com