Thursday, January 28, 2010

Mesyuarat JK Asrama Kali ke2

Khamis 28 Januari - Mesyuarat JK Asrama kali ke 2 sedang berlangsung di Dewan Gemilang Asrama bermula jam 2.00 petang. Agenda hari ini meliputi semua aspek pengurusan asrama yang lebih menekankan jadual bertugas JK Asrama untuk tahun 2010. Satu perkara yang menjadi fokus dalam mesyuarat ini ialah pemantapan rohani pelajar asrama. Aktiviti yang diatur termasuk bacaan Yassin dan solat hajat 2 minggu sekali selain kelas mengaji setiap rabu dan khamis malam.

Monday, January 25, 2010

Mentor Mentee Makan Beradap

Isnin 25 Jan - Majlis penyerahan mentee kepada mentor asrama berlangsung petang tadi dengan meriah sekali. Selepas acara makan tengahri bersama, para mentor dapat bersua dan berkenalan dengan mentee masing-masing untuk mengatur perancangan seterusnya bagi mencapai matlamat program ini.

Saturday, January 23, 2010

Program Jalinan Kasih



Program Jalinan Kasih atau Minggu Suaikenal untuk penghuni baru asrama telah dilangsungkan selama 1 minggu bermula 18 - 24 Januari 2010. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan selama tempoh tersebut. Tahniah kepada JK yang telah berjaya mengatur dan melaksanakan dengan teratur dan terkawal. Peserta telah memberi kerjasama dan terpancar sinar kegembiraan di wajah mereka.Malam Persembahan diserikan dengan pelbagai corak persembahan yang bertemakan 1 Malaysia. Terserlah bakat dan keyakinan diri semua yang terlibat. Syabas !!!

Sunday, January 3, 2010

Pendaftaran Pelajar Sesi 2010


Pendaftaran pelajar yang terpilih untuk tinggal di Asrama Sm3KB sesi 2010 telah berlangsung dengan lancar bermula jam 9.45 pagi hingga tengah hari tadi. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengetua, Penasihat Khas Pengurusan Asrama, YDP dan Naib YDP PIBG serta JK Pengurusan Asrama. Majlis sempat juga disiarkan secara langsung dari awal hingga akhir. Kemaafan dipinta jika sekiranya gambar tidak jelas kerana peralatan digunakan amat mininal. Adalah diharapkan pihak PIBG akan sudi membantu menambah keperluan asas seperti kamera dan lampu supaya siaran menjadi lebih berkesan. Apa pun siaran hari berjaya dan boleh dibuat lagi pada masa akan datang. Majlis pagi ini dipenuhi dengan siri ucapan, penyampaian hadiah kepada pelajar asrama cemerlang PMR 2009. pembayaran dan pengagihan kamar untuk pelajar yang telah berjaya mendapat tempat di asrama pada tahun ini. Menjelang tengah hari semua urusan telah selesai. Sebahagian gambar-gambar sepanjag majlis berlangsung. Lebih banyak gambar di http://aspurasm3kb.fotopages.com